MENUNTUUT ILMU ADALAH TAQWA,MENYAMPAIKAN ILMU ADALAH IBADAH,MENGULANG-ULANG ILMU ADALAH DZIKIR,MENCARI ILMU ADALAH JIHAD
Tampilkan postingan dengan label ISLAM. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ISLAM. Tampilkan semua postingan

Doa Pembuka Sesuatu Yang Tertutup


1.    Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,

Qori H Muammar Za Free Mp3 Download

Hmuammar Za In Pakistan Mp3
Qori Internasional H Muammar Za H Chumaidi Vol1 Mp3
Qori Indonesia H Muammar Z A Dan H Chumaidi Berduet 6 Part 2 Flv Mp3

Doa Nabi Yunus a.s

Fadhilat doa/tasbih Nabi Yunus a.s.  semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “ Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s.
“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim.)

Kisah Nabi Ishaq a.s. (اسحاق)

Nabi Ishaq adalah putera nabi Ibrahim dari isterinya Sarah, sedang Nabi Ismail adalah puteranya dari Hajr, dayang yang diterimanya sebagai hadiah dari Raja Namrud.
Tentang Nabi Ishaq ini tidak dikisahkan dalan Al-Quran kecuali dalam beberapa ayat di antaranya adalah ayat 69 sehingga 74 dari surah Hud, seperti berikut:
" Dan sesungguhnya utusan-utusan Kami {malaikat-malaikat} telah datang kepada Ibrahim membawa khabar gembira mereka mengucapkan "selamat".Ibrahim menjawab: "Selamatlah" maka tidak lama kemudian Ibrahim menjamukan daging anak sapi yang dipanggang. 70. Mak tatkala dilihatnya tangan mereka tidak menjamahnya, Ibrahim memandang aneh perbuatan mereka, dan merasa takut kepada mereka. malaikat itu berkata " Janagan kamu takut sesungguhnya kami adalah

Ketakutan Hazrat Abu Bakar r.a Terhadap Allah s.w.t


Menurut ijma' (kata sepakat) ahli sunnah wal jama'ah, Hazrat Abu Bakar r.a ialah lelaki yang paling afdal selepas para nabi a.s. Kedudukan beliau sebagai ahli syurga sudah pasti. Nabi sendiri pernah memberi berita gembira kepada beliau tentang kedudukan beliau di dalam syurga. Bahkan diberitahu bahawa beliau akan menjadi ketua kepada satu kumpulan ahli syurga. Semua pintu syurga akan menyeru dan memanggil nama beliau. Baginda pernah bersabda, "Abu Bakar ialah orang yang mula-mula sekali akan memasuki syurga di kalangan umatku."
Walaupun mempunyai segala kelebihan ini, kadang-kadang beliau berkata. "Alangkah baik andainya aku sebatang pokok yang akan ditebang."
Kadang-kadang beliau berkata. "Alangkah baiknya jika aku sehelai rumput yang akan dimakan oleh haiwan temakan."