Fadhilat doa/tasbih Nabi Yunus a.s. semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun.
Sabda
Rasulullah SAW maksudnya : “Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat,
hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca
tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya
menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang
berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “ Sesungguhnya aku ketahui satu
kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau
kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah
tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s.
“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim.)
Walaubagaimanapun doa hendaklah seiring dengan usaha kerana itu
fitrah manusia dan apabila berdoa beserta dengan sedikit usaha
insyaallah kita akan terselamat dari sesuatu malapetaka dari menjadi
lebih teruk lagi.
(Surah Al-Anbiyak : Ayat 87)
Doa Nabi Allah Yunus a.s. ketika di dalam perut ikan Nun. Ibnu
sunni meriwayatkan Rasulullah s.a.w telah menerangkan bahawa :
"Barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah
s.w.t. dari segala kesempitan". Kalimah itu ialah doa yang diucapkan
oleh nabi Allah Yunus a.s. ketika di dalam perut ikan Nun.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar